Monday, July 5, 2010

Eduardo


***

Identiti aku sebagai keeper Arsenal makin menjadi jadi. Selamat mereka tidak mengeluarkan wajah sebenar aku. Ye memang benar nama samaran aku yang diberi oleh Mr Am Kindaichi adalah Eduardo. Ini kerana Mr Am banyak terpengaruh dengan cerita ceriti telenovela seperti Maria Mercedes suatu ketika dahulu.

Mungkin anda akan konfius atau dalam erti kata lainnya keliru, kerana sekarang ini memang benar sama sekali Arsenal mempunyai striker yang bernama Eduardo. Beliau pernah dinobatkan gelaran "musang di dalam kotak" tetapi setelah kecedaraan serious yang dialaminya itu, beliau terpaksa menjalani latihan bagi memulihkan kakinya. Kini beliau sudah boleh beraksi tetapi Mr Wenger telah mengecewakannya dengan berkata "Hang tak tersenarai dalam kesebelasan utama untuk musim depan". Hati siapa yang tak terluka kalau coach dah cakap macam itu, ibarat digantung tapi tak mati, dicincang tapi masih hidup. Mungkin beliau bersama rakannya Rosicky akan meninggalkan Arsenal demi masa depan karier mereka. Jika ini benar benar berlaku. Aku ku gantung jersi Eduardo untuk diabadikan.

Terbaru dan terkini, The Daily Mail melaporkan bahawa Arsenal telah menghampiri menandatangani perjanjian untuk keeper Sporting Braga Eduardo. Ini tuntutan keeper berusia 27 tahun itu yang mampu membeli klause kontraknya sebanyak £ 3.4million. Kehebatan keeper antarabangsa Portugis itu dalam pertandingan WC kali ini diakui dengan hanya dibolosi satu gol dari empat perlawanan di Afrika Selatan baru baru ini. Mungkin pengalaman beliau tidaklah sehebat Mark Schwarzer tapi kehebatan beliau mungkin mampu menandingi kesengalan Almunia. Siapa Tahu.

Adakah Eduardo Striker yang setia bersama Arsenal akan dijual, ataupun mungkinkah Eduardo keeper Portugal itu akan bersama Arsenal musim hadapan? Adakah Eduardo keeper Portugal itu adalah penulis blog ini?

***


Sunday, July 4, 2010

Kenapa Max?


***

P1 Wimax atau nama lainnya Y max ataupun Kenapa Max?

Hari ini paling sempoi. Sebab Wimax aku buat hal secara tiba tiba. Aku tengah syiok tengok Miyabi kat internet, tetiba masuk webpage P1 Wimax. Memang terbaek. Dalam page Wimax tu ada offer link ke Maybank2u. So aku dengan tanpa segan pilu membayar bil Wimax dan Astro sekali gus. Barangkali aku lambat bayar bill. Tapi tak mengapa. Selepas membayar, lantas aku menelefon customer service Wimax.

Ed: Halo Nama saya ED.
CS: Ye boleh saya bantu.
Ed: Saya punya internet tak dapat, dia masuk P1 punya page. Nape Ea?
CS: Ooo itu saya ada ubat. Sebentar ye bang.
Ed: Ok. apa ubatnya. Ni sebab bill payment ka?
CS: Ooh tidak. ni bukan sebab bill tapi sebab Wimax upgrade servis.

Dalam hati aku, hampeh tul. kalau tau aku tak bayar bill lagi. huh

CS: Abang cuba restart modem sekarang?
Ed: Jap noe.

1 minit kemudian..

Ed: Ok dah
CS: Oraite abang cuba surfing sekarang.
Ed: Ok dah boleh masuk google.
CS: Bagus, saya dah masuk banyak ubat, abang jangan overdose plak.
Ed: Hihihi oraite..

Masuk air betul budak Customer Service Wimax hari ni. Troubleshoot macam sembang dengan kawan kawan. Memang terbaek, I Like.

***



Don't Cry for Me Argentino

***



***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...