Wednesday, January 7, 2015

Wrap-Up 2014

***

Assalamualaikum,

Tahun 2014 adalah tahun yang kurang memberansangkan dalam hidupku.

Dari segi penulisan blog, tahun ini jumlah entri jatuh merundum sebanyak 32 entri. Jika tahun 2013 aku boleh post entri sebanyak 114 tapi tahun ini hanya 82 entri sahaja. ish ish ish..


Ini semua bersebab. Tahun 2014 adalah tahun yang agak sibuk bagi aku dari segi kerja, hidup dan keluarga. Tak sempat nak curi masa walaupun sesaat untuk menulis mahupun blogwalking ke blog rakan-rakan. Harap maaf ye..




Pernah sekali aku berniat untuk menutup blog ini, namun bila melihat trafik yang makin meningkat membuatkan aku akan biarkan ianya dikekalkan. Alhamdulillah, walaupun aku jarang jengok blog sendiri, tapi prestasi menunjukkan pageview tidak pernah kurang dari 1000 sehari. hehe ok la, bagi blogger tak glam dan kurang aktif macam aku ni.


Seperti apa yang tertulis di Instagram Alkisah, Falling down is Part of Life, Getting Back up is Living. Inilah yang berlaku pada ku sepanjang 2014. Jumlah Down adalah lebih tinggi dari Back up. Tapi syukur ke hadrat ilahi, akhir tahun 2014, ada sinar baru menyinari hidup kami sekeluarga. Insyallah tahun ini akan slowly grow up. Hidup berbisnes haruslah ada up and down kan. Ianya memberi pengajaran yang berguna pada kami dan semangat untuk meneruskan hidup supaya tidak berputus asa.

Tahun lepas juga kita dikejutkan dengan pelbagai tragedi hitam yang berkaitan dengan negara kita. Walauapun setiap tragedi ini tidak melibatkan keluarga terdekat, namun impaknya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya adalah besar. Takziah kepada semua keluarga dan mangsa MH370. MH17, QZ8501 dan banjir di Kelantan dan Pahang. Semoga mangsa-mangsa ini tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Hidup harus diteruskan dan insyallah apa yang terjadi ini akan memberi sesuatu yang baik pada masa akan datang. Insyallah.

Sampai disini dulu wrap-up 2014, nanti aku kena karang plak plan tahun 2015 supaya lebih teratur dan membangun. At least ada KPI untuk majukan diri sendiri. 

***

Thursday, November 13, 2014

Tips: menyucikan keyboard keys

***

Lama betul aku tak berblog.
Sampai keyboard pun berhabuk dan kotor.
Aku try da best untuk upload entri terbaik demi masa depan blog ni.
Tapi kadang kala masa tidak mengizinkan.

Walau apapun,
Jom try tips ni,
Cara menyucikan keyboard yang berwarna putih,





Bahan bahannya adalah..

  • Sedikit cif
  • Sedikit air
  • Beberapa cotton bud
  • Beberapa helai tisu
  • Sedikit masa
  • Sedikit kerajinan dan kesabaran..



Caranya seperti video yang aku shoot ini:




Okey.. nampak tak perbezaan yang kotor dan bersih.
Sekarang nak sambung cuci kasi semuanya putih berseri.

Selamat mencuba

***

Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday: My 1st Car

***



***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...