Tuesday, June 10, 2014

Magic Pan - La Gourmet - Shogun - RM139

***



Magic Pan atau lebih dikenali sebagai Pemaggang Ajaib sangat popular buat masa kini. Rata rata, sang isteri mahu memilikinya. 

Ia adalah kuali ‘double sided pan’ yang mempunyai dua permukaan atas dan bawah dan mempunyai magnet pada tangkainya untuk melekatkan kedua-dua bahagian atas dan bawah kuali. Permukaan dalam Pemanggang Ajaib tidak melekat dan memudahkan masakan dipanggang, digoreng dan dikukus dengan lebih sedap dan cepat. Pemanggang Ajaib adalah kuali leper berbentuk double-pan yang mempunyai penutup dibahagian atas merupakan hasil dari teknologi dari negara Korea. 

***

Ahad lepas, My Wife and I jalan jalan kat Mid Valley. Lama betul tak singgah kat sini. Apatah lagi kat Jusco. Bila sampai kat Jusco, kitaorang mesti kalah dengan bau makanan ni, iaitu Laksa Jusco. Dia punya bau,  pergghhh macam memanggil-manggil untuk kitaorang makan. Ok pekena dulu Laksa. Yummy.

Lepas saja makan Laksa, hati sudah puas hati, my wife ajak survey pemanggang ajaib. Ok fine..

Bila tengok harga double-pan berjenama Happy Call, telan air liur dulu la babe, Harganya RM300++. My wife cakap, kalau kat internet, brand lain boleh dapat dalam harga RM129. Ok fine. Moh jalan jalan dulu.

Bila sampai kat section La Gourmet, ni kira barang branded la kan. Sekali tengok harga asal RM400++. 

Tapi..

Disebabkan ada promotion, harganya jadi RM139.

Pergh wei, murah bangat. Bila ditanya pada sales promoter tu, bila promotion ni last. Katanya "while stock last". Pada ketika itu, cuma tinggal dalam 20 buah.  Tanpa segan silu, I suruh My Wife angkat satu. Memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, harap harap pemanggang ajaib ni boleh buat magic pada masakan juadah berbuka dan sahur nanti.


***

Friday, June 6, 2014

Terjebak tengok Running Man

*** 



Running Man (Bahasa Korea: 런닝맨, makna harfiah: "Orang Berlari") adalah satu Game Show dari Korea Selatan ala ala Amazing Race. Rancangan ini bersama dengan K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday di saluran SBS. Ia pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai Game Show aksi urban, satu genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara seperti Thailand. 

Kini Running Man telah menghantui family kitaorang. Huhuhu

***

Akceli, I kurang gemar menonton cerita korea, dulu I lebih tertarik dengan drama bersiri Jepun especially Takuya Kimura berlakon. I siap beli satu set episod cerita Good Luck kot, ye la zaman tu bercita cita nak jadi Pilot. :P

I tak berapa nak boleh 'IN' dengan cerita cinta korea macam Winter Sonata yang agak famous suatu ketika dulu. Kini, Fashion dan Hiburan Korea telah menusuk masuk dalam negara kita dengan lagu dan Band K-Pop. Ok ini pun aku tak berapa nak 'IN'.

Sejak 2010 lagi, Member member dah hasut suruh tengok game show ni,  tapi aku keras hati tak nak terjebak.

Tapi..  ntah macam mana, dalam sekitar  December tahun 2013, kazen wife aku tunang, aku plak kena tidur ramai ramai kat rumahnya. Bila berhimpun, tidur depan TV, nak tak nak kena layan cerita yang diorang tonton sebelum tidur, Running Man episode SuperHero.


Ok Fine. I jadi terjebak lepas tengok episode tu. Hehehe..

Bila I dok layan, siap record episode kat Astro setiap malam Jumaat dan Sabtu. My Wife yang tak layan jadi terus peminat tegar. Gelak terbahak bahak tengok Game Show ni.

Walauapapun ianya Lagho tapi best.. 

Rasa macam nak pergi Korea plak jalan jalan melawat kawasan.

***


Thursday, June 5, 2014

Siri WC2014 - Jersey Pilihanku

***

World Cup 2014 akan bermula pada 12 Jun 2014, Adakah korang semua dah ready? team mana yang korang support? Player mana yang jadi pujaan? 

Untuk entri pertama pasal World Cup. I nak kongsi pasal jersey yang lawa di mata I.

Bila search saja jersey world cup 2014, hati I dah terpaut pada jersey away USA, lawa babe. 2nd Holland, 3rd France, 4th South Korea. OMG semuanya dari Nike.

Kalau jersey adidas, I cuma minat German. That All. 

Jersey yang kureng bagi I adalah jersey dari negara Mexico, Belgium, Cameroon dan Colombia.

Ini cuma pendapat peribadi I, u all plak camano??



***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...