Thursday, November 8, 2012

SkyTrex Adventure Terbaik !!

***

Korang dah pergi SkyTrex Adventure
Alkisah sarankan bagi sesiapa yang berminat aktiviti lasak
boleh pergi try

test power keberanian korang..

Team shift opis Alkisah menyahut cabaran untuk
menguji ketahanan fizikal dan mental.
So masing masing setuju untuk berSkytrex
dan kitaorang amik course challange yang paling susah iaitu Extreme
pelaburan yang dikenakan adalah RM 50 sahaja.

Bila Alkisah belek belek walk through dia
Peghh ada monkey bar, jalan atas satu tali dan macam macam lagi

Ohhhmaigosh
Perasaan cuak tu memang ada
Mampukah aku buat semua nie
Mana mungkin aku ke chicken exit
nanti tak hensem la aku..


Kitaorang berkumpul di Bukit Cherakah jam 9.30 pagi waktu tempatan.
Jadi haruslah kitaorang snap sekeping dua gambar sebelum berhempas pulas
di atas pokok nanti.


Dari pintu masuk Bukit Cherakah
Kitaorang naik bas yang disediakan untuk ke SkyTrex Adventure park


Bila dah sampai
Rasa macam seronok plak
Bila tengok budak budak kecik pun boleh main flying fox sendiri.
Apatah lagi kitaorang abang abang yang hensem lagi macho.

Ok next,

Diorang brief serba sedikit pasal tempat ni
Lepas tu kitaorang diberikan harnesses, carabiners dan pulley
untuk keselamatan diri.


So bila dah hensem lagi safety
Barulah kitaorang diajar cara cara untuk menggunakannya
Akceli korang tak perlu risau
Manalah tahu korang ni banyak makan semut kan..
Setiap deck ada instruction, cara cara nak pakai peralatan tu

Harus diINGAT !!
Budak budak kecik pun boleh buat sendiri tau
Apatah lagi kita yang abang abang nie

Tengok abang kat bawah tu buat..
Hensem lagi segak bergaya..


Okey..
Challenge pun bermula.

untuk 1st task, kitaorang kena panjat tangga bertali setinggi 22 meter
Jadi kitaorang kena amik turn
sorang sorang pergi
Gang abang abang kena stay kat belakang
biar adik adik pergi dulu
Abang abang duduk dan rest

source picca TerokaDunia

Bersama kitaorang masa tu adalah akak komando (gelaran tu Alkisah yang bagi sendiri)
sebenarnya dia juga seorang blogger, TerokaDunia
Masa akak ni lepak lepak dengan kitaorang
sambil menunggu giliran untuk takeoff ke 1st challange
Alkisah nampak lambang askar kat baju akak ni.
So, jangkaan Alkisah, memang tak boleh pandang rendah kat akak nie.

Alkisah saja berbual dengan dia
Alkisah: Akak ni askar TUDM ke?
Akak Komando: Tak la, Akak dari Min Def
Alkisah: Ooo akak sorang je ke?
Akak Komando: A'a sorang je.. sebab malam nie akak nak g tengok Final ATM vs Kelantan.
pagi ni tak tau nak buat apa, akak datang sini dulu.
Alkisah: oic.. good luck ATM .. hehehe

Jom layan beberapa picca yang sempat member Alkisah shoot pakai phone.
Alkisah plak tak bawa DSLR, lagi pun takut something happen kat DSLR, susah la plak kan.
Tapi Akak Komando, selamber je  gantung DSLR sambil buat semua challange
tak caya korang boleh layang kat blog dia
http://terokadunia.blogspot.com/2012/10/skytrex-adventure-at-bukit-cahaya-sri.html


Lebih dua jam juga kitaorang complete semua Extreme Challange Task
ada Flying Fox, Monkey Bar, Tarzan dan macam macam lagi.
Paling meletihkan, bila kena panjat tangga.
Kalaulah everyweek Alkisah pi buat challange ni
100% Confirm badan Alkisah katang macam BEN


Jadi apa korang tunggu lagi
Try la pi sahut cabaran Extreme SkyTrex

ada 3 Challange
Little Challange - mostly untuk kanak kanak
Big Thrill - untuk orang yang mahu mencuba
Extreme - Untuk Abang abang & Akak akak yang berani menyahut cabaran

harga korang boleh check kat sini: http://www.skytrex-adventure.com/booking.php

Bagi Alkisah
Better korang terus ke Extreme Challange

Terbaik !!!!!

***

Wednesday, November 7, 2012

Fea @ DEMC

***

Awal tahun 2012
Sofea se-usia 6 bulan, dah dimasukkan ke DEMC
atas sebab cherry berry yang melampau
sampai lomah tubuh badannya

Mana tak lomah
Masa ni si Fea tak boleh mamam bubur lagi
kena minum susu je

Bila pergi klinik
Doktor bagi ubat
tapi ubat tu bagi reflect kalau minum susu
kata doktor tu, baby akan muntah

okey fine.
Jadi Alkisah bagi je Fea ubat tu.
sampai dia lomah tak bertenaga.

Esoknya, Alkisah tengok macam tak kena je si Fea nie
Alkisah terus mintak referral letter untuk bawa Fea ke Hospital

Masa ni kira 1st time nak bawa Fea ke Hospital
Alkisah pilih DEMC
Hospital terdekat dengan rumah

Fea dibawa jumpa dengan doktor Koshy
Bila dah berjumpa dengan pakar
Rupa rupanya Fea boleh je minum susu
tapi susu ISOMIL (susu berasaskan soya)
cuma susu berlaktosa a.k.a susu lembu memang tak boleh
Hakikatnya si Fea ni memang minum ISOMIL

Jadi
Fea terpaksa admitted kat DEMC
selama 3 hari 2 malam
Wahh macam bercuti tido hotel plak rasanya

dan Fea terpaksa kena masuk air dalam badan


Yeah, Alhamdulillah
Hari ke-2 Fea dah kembali ceria seperti biasa.
So papa ngan mama dah boleh Check-out

Eh silap Discharge 

***

Minggu Lepas
Fea kena domam panas yang agak tinggi plus cherry berry
tetapi
Fea seperti biasa, sangat aktif

Lepas monitor sehari
Domam Fea masih tinggi
Jadi, terpaksalah Alkisah amik keputusan untuk ke hospital

doktor kat klinik pun risau
sebab Fea aktif
Domam tinggi
Cherry berry banyak
takut Fea lomah
dari ceria tetiba collapse kan

Nauzubillah 

So sekali lagi
Fea kena admitted kat DEMC
3 hari 2 malam

 
 

Fea kat hospital sangat aktif
tak macam orang sakit
Asyik nak berjalan je.

Syukur Alhamdulillah 
Sekarang Fea dah sihat


dan papa plak nak berehat

***

Tuesday, October 30, 2012

Penangan Adam & Hawa #4

***
Amaran Keras
Aktiviti hanya boleh dibuat oleh pasangan suami isteri yang sah sahaja
Bagi yang bukan Mahram/Muhrim, cepat cepat jadikan ianya sah.

Suatu malam, ketika si suami dan si isteri berbaring di atas katil bersama sama
Hujan renyai renyai mulai turun ditambah pula kesejukan air-cond.
Mereka mula menarik selimut sambil berpelukan diantara satu sama lain
lalu berborak di dalam gelap


K dah sambung tido

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...