Wednesday, July 6, 2011

1st Training Arsenal 2011/2012

***

Carl Jenkinson & Ryo Miyaichi kelihatan berada di London Colney

Ada sesetengah player yang belum turun padang atas sebab komitmen perlawanan

antarabangsa awal bulan jun baru baru ini.

Yeke?

Fabregas, Nasri & V.Persie

3 Otai masih belum pulang ya?

Kemana kamu bertiga menghilang bah..

Ryo Miyaichi - player muda dari jepun khas buat nawal addina

harap kamu suka ye..

Gigih kedua dua player England nie. Baguih dok ada.

Eboue membuli Ryo buat kali pertama

Eboue: Hang bila dah jadi star, jangan dok buat perangai nak blah plak.

Ryo: Hehehe Ok ok...

Player muda, baru dan lama berlari lari anak.

Carl Jenkinson masih menyendiri. Tak dak sapa nak kawan dengan dia lagi.

source: arsenal.com
***

Tuesday, July 5, 2011

Clichy Out, Who's Next?

***


Selalunya bila transfer windows buka.

Kelab kelab besar EPL akan mengorak langkah untuk mendapatkan pemain baru

bagi menguatkan pasukan masing masing,

tetapi Arsenal membuat satu revolusi terbaru dengan cara mengeluarkan

player lama.

***

Adakah Arsenal yakin akan mendapat khidmat pemain baru?

Seperti biasa, sebelum transfer window dibuka, rumors bersepah sepah didada akhbar,

tetapi sebaliknya ia diam seribu bahasa setelah tiba 1 July sehingga kini.

"Common baru 4th July"

Kalau anda sudah masak dengan perangai Wenger. Anda pasti boleh bersabar sehingga tarikh

tutup transfer windows jam 12.00 malam.

Chills la Broo

***

Next week Arsenal datang Malaysia.

Harap ada berita gembira sebelum mereka tiba di sini.

Good Luck !!

***



Friday, July 1, 2011

Astro Oh Astro

***

Baru baru ini Alkisah ada terima sepucuk surat dari Astro dan Bill Air. Alkisah tenung bil Air dulu.

Macam biasa, tak payah bayar. Semenjak Alkisah berpindah di Sungai Buloh ini, tak pernah sekali pun Alkisah bayar bil air. Bil sampai asyik RM0.00.

"Bayaran Air 20m3 Pertama dibiayai oleh Kerajaan Negari Selangor." - Thanks

Harap ia berterusan macam ini, tak kira siapa yang memerintah

***

Lepas tengok bil air, Alkisah senyum.

Jadi sekarang Alkisah buka pula bil Astro. Tapi kali ini lain sikit, Astro tak bagi bil tapi dia tulis surat.

Nama Alkisah blaa blaa blaa

9 Jun 2011 blaa blaa blaa
Perubahan ke atasa langganan astro anda blaa blaa blaa

Terima kasih.. blaa blaa blaa

Berbesar hati.. blaa blaa blaa

Aspirasi... blaa blaa blaa

Dukacita..

Haihs ni yang tak suka baca bila Astro berduka nie..

Dukacita blaa blaa blaa

Akibat tekanan kos.. blaa blaa blaa

Harga langganan baru anda... blaa blaa blaa

Ni yang buat Alkisah nak start calculate.

Pakej semasa : MUS, 1 MINI, SPT
Harga Semasa : 79.90
Harga Baru : 87.90

Naik 8 hinggit tu..

Ada lagi Astro tulis ni

Astro Super Packs blaa blaa blaa

  • Pakej Astro Box Office Tayangan Hebat dan Mustika
  • Astro Famili, Sukan, Filem dan 3 pilihan pek mini (Pendidikan, Kanak Kanak, Berita, Variasi)
  • Perkhidmatan HD dan rakaman
Super Pack 1 blaa blaa blaa RM125..

Penjimatan blaa blaa blaa RM 45.85

Kami harap anda akan teruja blaa blaa blaa

Yang Benar blaa blaa blaa

***

Jadi Alkisah nak balas surat Peminat ni


Duhai Astro,

Terima Kasih kerana menghiburkan kami sekeluarga dengan intisari rancangan yang berguna, berilmiah, berlawak, bersukan, berkartun dan macam macam ber lagi. Aspirasi kami juga mahu menonton rancangan astro yang terbaik dan terkini

Alhamdulillah, pihak Astro mengekalkan Pek Famili pada harga RM37.95. Bab dukacita pihak astro akibat tekanan kos yang berterusan, kami sebagai rakyat Malaysia sentiasa memahaminya. Pihak astro harus teliti juga tekanan kos berterusan rakyat Malaysia. Anda, pekerja Astro juga rakyat Malaysia, pasti akan merasakan kenaikan harga petrol, gula dan sebagainya, tetapi anda, pekerja Astro tidak akan merasa kenaikan harga bil Astro kerana seorang pekerja Astro dapat melanggan Astro dengan percuma (correct me if i'm wrong). Disitu anda, pekerja Astro tidak akan merasa beban seperti rakyat Malaysia yang lain untuk membayar bil setiap bulan.

Adakah Astro masih tidak untung dengan program realiti AF, Rajalawak, Maharajalawak yang dikatakan untung berlipat kali ganda (correct me if i'm wrong)? Adakah dengan keuntungan itu masih tidak dapat membiayai kos tekanan itu?

Mengenai Astro Super Packs, Pakej ini memang murah dan terbaik. Akan tetapi harganya yang RM125 masih tinggi bagi rakyat Malaysia. Mungkin hanya segelintir saja yang mampu memilikinya. Bagi saya, ia belum jadi keperluan dalam hidup ini, saya tidak ada tv HD, jadi ia akan merugikan saya, kecuali pihak Astro dapat menghadiahkan satu tv Full HD berjenama Panasonic Viera 42 inci kepada saya. Mungkin ini akan membuat saya berfikir 2 kali untuk melanggan Astro Super Packs

Jadi kesimpulan dari surat ini, saya akan membayar bil Astro dengan harga semasa kerana kabinet tak meluluskannya tarif baru ini lagi. Harap Maklum.

Yang Benar

Alkisah

***

PETALING JAYA: Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

“Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka,” katanya.

Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.

***

KABINET TIDAK LULUSKAN PERMOHONAN ASTRO NAIKKAN TARIF PERKHIDMATAN

2011/07/01

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA

***




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...