Thursday, April 26, 2012

BMT & Anai Anai Dalam Perkahwinan

***

Suatu pagi di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam,

Alkisah membelek belek buku yang dicari

Hari tu macam pernah nampak buku tu kat sini.. tapi hari ni mai tak jumpa plak

"Dik, cari buku apa?"

"Auntie saya tengah cari buku Delima Melayu "The Malay Delima" yang Dr M tulis tu.."

"OOo buku takder dik.. memang tak pernah ada kat sini.. buku Mahathir yang lain ada la" celah pakcik yang datang dari belakang. Alkisah dapat rasakan ini mesti suami kepada auntie yang jual buku kat sini.

Oo yekaa tak pe lah..

Niat Alkisah hari tu memang nak beli buku. Jadi Alkisah belek belek lagi buku yang ada kat situ, lalu terjeling pada satu buku berjudul Bogel Menuju Tuhan (BMT) hasil tulisan Zahiril Adzim a.k.a Bob. Di sebelah buku BMT ada plak buku Anai Anai Dalam Perkahwinan (AADP). Alkisah amik lantas membaca isi kandungan yang ada dalam buku AADP tersebut.

"Dik buku ni makcik yang tulis"

"Oh yeka"

"Dik Dah kawen"

"Dah"

"Haa, buku ni bagus untuk adik. Buku ni juga makcik hadiahkan kat menantu makcik."

"Ohh Okay"

"Buku yang sebelah tu BMT, buku anak makcik.."

"OOooo Reallllyyyyyy"

Alkisah tersentapp sejenak.. kalau buku BMT anak makcik tulis, kiranya makcik ni mak kepada Zahiril Adzim a.k.a Bob . 

"Buku BMT ni saya tahu, sebab saya selalu follow blog dia"

Dalam masa yang sama makcik tu terus explain kat Alkisah pasal buku Anai Anai Dalam perkahwinan. Lantas membuatkan Alkisah berminat untuk mendalaminya.

"So, Aunty saya amik 2 buku la, BMT ngan Anai Anai Dalam Perkahwinan."

***




Mari membaca.. lalala...

***

6 Blogger kasi response. .

keli menari Author
April 26, 2012 at 1:18 PM

kalau belom kahwin lagi leh bace tak.tajuk menarik..

Reply
Al Kisah Author
April 26, 2012 at 1:49 PM

keli menari : boleh je.. apasalahnya nak tambah ilmu

Reply
Sis AI Author
April 26, 2012 at 2:14 PM

Tak prnh tgk la pulak bku2 mcm ni.. Haha! Tp, klu sy la kan, tiba2 yg jual buku tu penulis dia, msti sy mcm trkjut jap. Sbb, pnulis dia dpn mata sy.

Reply
Al Kisah Author
April 27, 2012 at 11:39 AM

sis al: tau tak pe.. sama laa macam alkisah..

Reply
Cha_Haya Author
April 27, 2012 at 12:54 PM

menarik!.. nti nk cri jgk buku ni.. ^^

Reply
steffany daph Author
April 28, 2012 at 10:50 PM

wahh...semacam seronok je buku ni :D nak pergi survey nanti.

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...